Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Post kali ni kita akan membincangkan tentang organisasi. Betapa organisasi merupakan elemen yang penting untuk berjaya di dalam perniagaan MLM.
Bagaimana anda membina organisasi anda?
Terdapat 4 fasa dalam membina organisasi perniagaan anda. Anda akan bina perniagaan anda dalam beberapa fasa.
Apa itu fasa? Ia adalah tempoh masa yang dilalui dalam hidup anda dan melaluinya anda akan mengalami banyak perkara semasa proses perkembangan. Perniagaan MLm juga tidak terkecuali. Ia akan melalui 4 fasa perkembangan, jika anda mahukannya. Kebanyakan rangkaian tidak melalui 4 fasa ini, di mana mereka terperangkap dalam sesuatu fasa dan kekal di situ. Tapi tidak bagi anda yang ingin berjaya membina organisasi besar. Anda akan tetap berjuang membina kumpulan hingga ia mencapai fasa yang terakhir.
Baiklah, apakah 4 fasa tersebut?
Rapuh - Ini adalah fasa di mana anda dan rangkaian anda yang serius akan melaluinya dahulu. Ia boleh dikatakan yang paling sukar dan kasar. Ini adalah tempoh di mana anda masih BARU, dan tidak punya banyak pengetahuan dalam perniagaa, kulit anda belum lagi tebal 2 inci, anda tidak punya pengalaman MLM, anda berada dalam proses pembelajaran dan percubaan, anda pasti dan wajib melakukan kesalahan. Ini adalah di mana anda sebenarnya membina kepercayaan dan pandangan dalam perniagaan ini dan banyak perkara boleh mengganggu tumpuan dan impian anda. Mereka yang digelar “Pencuri Impian” ini adalah orang yang paling dekat dengan kita seperti keluarga, pasangan, rakan-rakan dan sebagainya.
Anda memang benar-benar RAPUH dalam perniagaan ini kerana anda belum lagi membina ‘otot-otot kejayaan’ untuk membantu anda menghadapi kekecewaan. Ini adalah di mana kebanyakan orangberhenti. Mereka tidak memahami yang anda harus melalui tempoh RAPUH ini untuk membina perniagaan MLM. Perasaan mereka dirobek-robek secara tetap oleh prospek-prospek yang negatif. ini kerana mereka masih di dalam fasa yang RAPUH dan masih lemah untuk menangani tolakan.
Dalam tempoh RAPUH inilah, kebanyakan manusia berhenti dan tidak dapat menerima kekecewaan dan pandangan negatif terhadap perniagaan ini. Msalah sebenar mereka bukanlah negatif itu tetapi kurangnya pemahaman bagaimana menerima segala kekecewaan itu.
Pemantapan - Dalam fasa kedua ini di mana anda melepasi fasa RAPUH dan sekarang kumpulan anda mula membesar lebih mantap dan mempunyai jualan yang konsisten dan pendapatan yang boleh tahan. Dalam proses PEMANTAPAN anda akan lihat beberapa pemimpin dalam kumpulan anda timbul, dan jualan semakin meningkat dan bagus, dan pendapatan anda mula konsisten.
Apabila kumpulan anda mula bergerak dalam fasa ini, anda akan mengetahuinya dan dapat merasakannya. Pemimpin-pemimpin dalam kumpulan anda mula merasakan kejayaan seperti anda dan ia konsisten dan anda akan lihat sesetengah pemimpin mula mencipta identiti mereka yang tersendiri dalam perniagaan ini.
Dan anda akan dapat merasakan permulaan momentumnya. Anda akan melihat perkembangan kumpulan tidak terkawal dan ia akan berterusan. Anda akan lihat muka-muka baru yang mula muncul dalam kumpulan anda dan anda tidak kenal mereka. Ini adalah di mana anda mula merasakan kumpulan anda mula menjadi mantap.
80 hingga 90 peratus orang meninggalkan perniagaan ini sewaktu 2 fasa ini dan kebanyakannya meninggalkannya dalam fasa pertama.
Matang - Dalam fasa ini di mana wang besar mula muncul. Anda boleh hidup dalam fasa yang sebelumnya tetapi dalam fasa MATANG ini bukan hanya WANG BESAR untuk anda tetapi untuk pemimpin kumpulan anda juga.
Ini adalah di mana anda bermula dengan ‘pemimpin yang berlapis-lapis’ ini juga bermaksud anda punya pemimipn dalam banyak talian yang berlainan dan mereka juga punya pemimpin dalam kumpulan mereka. jumlah dalam kumpulan anda adalah ribuan dan banyak pemimipn aktif.
Fasa MATANG juga menunjukkan pemimpin anda sudah belajar menduplikasi bagaimana membina pemimpin dalam kumpulan mereka. Kumpulan anda cukup dinamik dan mula menjadi seperti kilang pemimpin dan mereka tidak perlukan anda lagi kerana mereka mula menjadi benar-benar bebas dalam organisasi mereka sendiri.
Dalam fasa ini RM100,000 setahun adalah jumlah yang biasa. Dan jutawan mula muncul.
Batuan keras - Ini dipanggil fasa “Penciptaan Kejayaan”. Dalam fasa ini kekayaan dicipta, dikumpul dan JUTAWAN mula muncul. Dalam fasa ini tidak kira apa yang anda lakuakan, anda tidak boleh menggagalkan organisasi anda dan ia akan berterusan selamanya. Dalam fasa ini juga anda punya banyak ‘kilang-kilang pemimpin’ dalam kumpulan anda dan anda punya ramai pemimpin yang matang yang punya kumpulan yang besar dan banyak lapisan kepimpinan.
Ramai orang menghampiri fasa ini tetapi tidak mencapainya kerana kekurangan kemahiran memimpin untuk mencapai martabat ini. Ramai yang tidak menyedari dan memahami bahawa ia adalah 10% usaha yang terakhir yang tidak ramai benar-benar mahu membinanya.
Ini adalah 4 fasa dalam perkembangan organisasi dalam perniagaan MLM
RAPUH, PEMANTAPAN, MATANG, BATUAN KERAS
Di manakah anda lihat kumpulan anda sedang menuju? Jawapannya akan menentukan masa depan dalam anda dalam perniagaan anda.
Wassalam.
Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.